Semakan BR1M 2018 Online : Status Permohonan, Kemaskini Dan Rayuan. Sekiranya anda merupakan salah seorang pemohon bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tahun 2018, pasti anda ingin tahu bilakah tarikh anda dapat memperoleh wang BR1M 2018. Untuk pengetahuan semua, Permohonan BR1M 2018 telah dibuka bermula dari 1 November 2017 sehingga 25 Januari 2018. Berikut dikongsikan cara semakan status BR1M 2018 secara online dan manual.
Pemohon yang berkelayakan boleh membuat Permohonan BR1M 2018 secara atas talian di portal rasmi eBR1M. Setelah membuat permohonan, anda boleh mengetahui sekiranya status permohonan BR1M 2018 anda lulus ataupun tidak.
Untuk makluman, pemohon boleh membuat semakan status permohonan BR1M 2018 dengan lebih mudah dan pantas melalui sistem semakan secara online. Selain itu, ada juga beberapa kaedah yang lain yang akan dikongsikan di bawah.
Bagi yang belum sedia maklum, jumlah pemberian BR1M 2018 masih dikekalkan untuk semua kategori penerima. Jumlah maksimum sebanyak RM1,200 akan diberi bagi golongan yangberpendapatan bulanan isi rumah kurang RM2,000 dan ke bawah. Maklumat semakan status permohonan dan rayuan BR1M 2018 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Semakan Status BR1M 2018 Online: Cara Menyemak Status Permohonan
Berikut dikongsikan cara semakan status permohonan BR1M 2018 secara online:
- Sekiranya inign melakukan semakan Status BR1M 2018 Online, anda dapat melakukannya melalui Aplikasi Online ini:https://ebr1m.hasil.gov.my/
- Bagi yang ingin menyemak Status BR1M 2018 melalui Aplikasi Mobile BR1M:
- Muat turun Aplikasi Mobile BR1M di Play Store bagi platform Android; dan
- Muat turun Aplikasi Mobile BR1M di App Store bagi platform iOS untuk menyemak status BR1M 2018.
- Semakan Status BR1M 2018 juga dapat dilakukan melalui Email iaitu email sama yang anda isikan semasa pendaftaran.
Semakan Status BR1M 2018 Online: Maklumat Berkenaan Status Permohonan BR1M Yang Terpapar
Berikut adalah antara status permohonan BR1M 2018 yang dipaparkan selepas semakan status BR1M dibuat:
- DIDAFTARKAN: Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini.
- DITERIMA: Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima.
- DALAM PROSES: Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan.
- DITANGGUHKAN: Pemohon perlu membuat kemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan.
- LULUS: Permohonan telah diluluskan atau berjaya.
- TIDAK LULUS: Permohonan tidak diluluskan atau tidak berjaya.
- STATUS KREDIT TIDAK BERJAYA: Surat makluman lulus gagal kredit akan diposkan kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
Cara Lain Semakan
- Melalui Pos
- Applikasi mobile semakan brim
Maklumat lanjut, klik cara semakan brim
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai permohonan BR1M 2018, sila hubungi:
- talian hotline BR1M LHDN
- 1-800-88-2716
- talian hotline BR1M MOF
- 03-88824565, 03-88824566
- atau emel ke
- br1m@treasury.gov.my.
- Laman Web
- https://ebr1m.hasil.gov.my/
Kepada semua pemohon, selamat membuat semakan status Permohonan BR1M 2018 secara online. Semoga segala urusan dipermudahkan dan berjaya mendapat bantuan BR1M.