Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Ke Luar Negara Online. Perhatian buat mereka yang bercadang ke luar negara. Sila pastikan yang nama anda tidak disenarai hitam oleh agensi seperti PTPTN, LHDN, perintah mahkamah dan PDRM. Ataupun diisytihar sebagai bankrap. Berikut dikongsikan cara buat Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online.
Pihak Jabatan Imigresen Malaysia ada menyediakan satu kemudahan kepada Warganegara Malaysia yang ingin membuat semakan status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen dan PTPTN secara online atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.
Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online
Warganegara Malaysia adalah dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imigresen atau pasport sebelum merancang ke luar negara. Ianya bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui terdapat HALANGAN sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara.
Antara punca nama disenarai hitam adalah berpunca dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN.
Applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online
Semakan Senarai Hitam Imigresen boleh disemak secara online. Sila klik Applikasi Semakan di bawah ini :-
- Applikasi Semakan Status Kawalan Imigresen
- Sila masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK
Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” (Tiada sekatan).
Satu kaedah alternatif lain untuk memeriksa status imigresen adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 0388801000.
Semakan Senarai Hitam PTPTN Online
Untuk peminjam PTPTN, senarai hitam akan dikenakan kepada mereka yang mempunyai tunggakan. Semakan senarai hitam PTPTN boleh di buat secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat.
Semakan senarai hitam boleh dilakukan melalui kaedah semakan seperti berikut:-
- Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan http://sspi2.imi.gov.my
- Portal Rasmi PTPTN – Semakan Senarai Hitam
- Careline PTPTN di talian 03-2193 3000
- Hadir di kaunter PTPTN / JIM
Jom semak. Semoga perkongsian Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online bermanfaat buat semua. Moga ianya dapat membantu anda dalam merancang perjalanan ke luar negara tanpa sebarang halangan.