Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Secara Online Dan SMS. Adakah anda layak untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) tahun 2018 yang akan diadakan pada 9 Mei 2018? Jika anda belum menyemak, berikut dikongsikan panduan dalam membuat semakan daftar pemilih yang boleh disemaksecara online serta SMS.
Semakan perlu dibuat bagi mengetahui lokasi tempat mengundi serta maklumat lainpendaftaran pemilih seperti kawasan DUN, Parlimen dan sebagainya. Semakan daftar daftar mengundi boleh dibuat sepanjang tahun dan pada bila-bila masa. Mereka yang belum mendaftar dan ingin mengundi pada PRU seterusnya iaitu PRU15, anda boleh merujuk kepada panduan cara mendaftar sebagai pemilih / pengundi.
Semakan Daftar Pemilih Online Dan SMS
Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menyediakan satu laman web bagi membolehkan warganegara Malaysia untuk mendapatkan maklumat semakan daftar mengundi yang telah disahkan samadasecara atas talian/ online atau melalui perkhidmatan SMS.
Kaedah membuat semakan mengundi daftar pemilih adalah seperti berikut:
i) Semakan Daftar Pemilih Individu
- Layari laman web Semakan Pemilih SPR di pautan URL berikut :-
- Isikan nombor kad pengenalan (KP) pengundi berdaftar ke dalam ruangan kotak yang disediakan
- Masukkan captcha dan seterusnya klik butang “Semak”
Di antara maklumat yang dipaparkan dalam keputusan semakan daftar pemilih individu adalah nama, tarikh lahir, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen dan negeri pemilih.
ii) Semakan Daftar Mengundi Isi Rumah
SPR juga da menyediakan semakan daftar pemilih lebih dari seorang pemilih secara serentak. Untuk membuat semakan, anda boleh melayari laman web Sistem Semakan Pemilih Isi Rumah di pautan berikut:-
- https://pengundi.spr.gov.my//isirumah2/semakandm_baru2.asp
Nota
Pengguna mungkin menghadapi masalah dalam membuat semakan secara atas talian akibat daripada penggunaan yang tinggi atas sistem online dalam satu-satu masa. Jika gagal, anda boleh menyemak sekali lagi sehingga berjaya
Cara Semak Daftar Pemilih Melalui SMS
Berikut adalah cara/ kaedah semakan daftar pemilih melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit:-
- Taipkan mesej:
SPR<jarak>[No. Kad Pengenalan]
Contoh: SPR 871114035243
- Hantarkan SMS ke 15888
Atau:
- Taipkan mesej:
SPR<jarak>SEMAK<jarak>[No. Kad Pengenalan]
Contoh: SPR SEMAK 871114035243
- Hantarkan SMS > 15888
Nota : Pengguna akan dicaj sebanyak 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.
Semoga perkongsian cara semakan daftar mengundi (pemilih) secara online & SMS boleh dijadikan panduan buat warga Malaysia semasa musim pilihanraya umum ini.