Sekiranya anda merupakan pelajarlepasan SPM/ STPM/ atau Setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau juga dikenali sebagai Universiti Awam (UA) bagi tahun 2018/2019, pasti anda ternanti-nanti untuk membuat permohonan UPU. Namun begitu, sudahkah anda mengetahui bilakah tarikh Permohonan UPUonline untuk sesi akademik 2018/2019?
Pemohon yang berkelayakan boleh juga membuat permohonan online UPU bagi sesi akademik 2018/2019 ini untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, dan ILKA.
Permohonan UPU Sesi Akademik 2018 2019 Online
Permohonan UPUOnline 2018 akan dibuka bermula dari 5 Februari 2018 sehingga tarikh tutup permohonan pada 10 April 2018. Sebelum membuat Permohonan, pastikan pemohon membeli nombor pin unik ID UPU 2018/2019 dahulu di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh pembelian nombor pin UPU 2018 juga akan dibuka mulai 5 Februari 2018.
Berikut adalah maklumat berkenaan permohonan online UPU sesi akademik 2018/2019 termasuk syarat kelayakan, tarikh membeli nombor pin UPU, aplikasi online dan cara hubungi :
Syarat Kelayakan Pemohon UPU 2018/2019
- Bagi kategori permohonan IPTA (UA) lepasan SPM atau Setaraf dengannya. (Asasi, Diploma dan Sijil di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA)
- Boleh menggunakan keputusan SPM 2015, 2016 dan 2017
- Bagi kategori permohonan IPTA (UA) lepasan STPM atau Setaraf dengannya. (Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam), boleh menggunakan keputusan-keputusan berikut:
- STPM 2017
- Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM 2017/2018
- STAM 2016 & 2017
- Diploma atau Setaraf
- Diploma UA atau Politeknik
- DKM/DLKM/DVM/Diploma IPTS/Diploma Luar Negara/Lain-lain Diploma
- Kelayakan Setaraf seperti A-Level/IB/AUSSMAT/SAM/CPU/STPM, Matrikulasi, STAM (Bukan Tahun Semasa)
Tarikh Membeeli No Pin UPU 2018/2019
Berikut adalah maklumat berkenaan tarikh pembelian no pin UPU sesi akademik 2018/2019 :
- Tarikh : 5 Februari 2018 hingga 9 April 2018
- Harga nombor pin bernilai RM15.60 (Tiada GST dikenakan)
- Pembelian boleh dilakukan di Kaunter di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan mesin ATM BSN
Cara Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2018/2019
Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan online UPU sesi akademik 2018/2019 secara atas talian:
- Tarikh permohonan akan dibuka pada 5 Februari 2018 manakala tarikh permohonan ditutup adalah pada 10 April 2018
- Bagi aplikasi permohonan online, klik link di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
- no talian helpline UPU:
- 03 8870 8200 (waktu bekerja dari jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang); atau
- Layari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di:
Selamat membuat Permohonan UPUOnline sesi akademik 2018/2019 kepada yang berminat. Semoga anda berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam / IPTA di Malaysia pilihan masing-masing.