Permohonan Jawatan Kosong Terkini JPJ 2018. Bagi yang berminat untuk berkhidmat sebagai penjawat awam di Malaysia, berita baik menanti anda. Lepasan SPM yang berkeinginan untuk menyertai Sektor Perkhidmatan Awam di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), berikut dikongsikan Permohonan Jawatan Kosong JPJ 2018 terbaru dan terkini yang dapat dipohon secara online. Menerusi makluman dari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), jawatan yang diiklankan merupakan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 dan Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19.
Permohonan jawatan kosong di JPJ ini telah dibuka sehingga tarikh tutup pada 14 Januari 2018 jam 11.59 malam bagi Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 dan 21 Januari 2018 bagi Pembantu Penguat Kuasa. Permohonan dapat dilakukan secara online dengan mendaftar pekerjaan di SPA8i.
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Online
Berikut merupakan maklumat berkaitan iklan jawatan kosong SPA untuk bulan Januari 2018 beserta panduan permohonan. Kekosongan jawatan terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah seperti di bawah:
- Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 (JABATAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA). Kekosongan : 50
- Deskripsi Tugas Dan Jadual Gaji Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
- Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 (JABATAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA). Kekosongan : 296
- Deskripsi Tugas Dan Jadual Gaji Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
Cara Mmebuat Permohonan Jawatan Kosong JPJ 2018
Langkah-langkah untuk memohon jawatan kosong Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 dan Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 adalah melalui portal SPA. Berikut merupakan antara cara mudah untuk membuat pendaftaran permohonan jawatan kosong Jabatan Pengangkutan Jalan:
- Permohonan jawatan kosong JPJ mestilah dilakukan secara online di Portal Rasmi SPA.
- Permohon perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i di pautan URL seperti berikut ;
Nota Penting yang perlu diberi perhatian
● Permohonan pendaftaran jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online atau atas talian sahaja.
● Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan.
● Tempoh sah laku permohonan adalah setahun.
● Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian atau Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
Iklan Jawatan Kosong JPJ Januari 2018
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk iklan permohonan di bawah:
i) Pemeriksa Kereta Motor
Sumber SPA.
ii) Pembantu Penguatkuasa JPJ
Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong JPJ 2018 dan semoga rezeki berpihak kepada anda. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam permohonan sekaligus bakal menjadi warga sektor awam.