Permohonan Jawatan Kosong Di Jabatan Imigresen Malaysia 2018. Adakah anda seorang lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang sedang mencari pekerjaan? Sekiranya begitu, cubalah membuat Permohonan Jawatan Kosong Imigresen. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang terkini diiklankan pada bulan Mac 2018 di Portal Rasmi SPA. Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Jawatan Kosong Imigresen beserta Deskripsi Tugas termasukjadual gaji minimum/ maksimum dan syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk membuat Permohonan Jawatan Kosong Imigresen, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaanmenerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mac 2018 (Ahad) jam 11.59 malam.
- Iklan jawatan kosong Pegawai Imigresen Mac 2018 klik Gred KP19
Permohonan Jawatan Kosong Imigresen 2018
Kekosongan jawatan Imigresen yang diiklankan adalah seperti berikut:
PenolongPenguasa Imigresen Gred KP19 (Jabatan Imigresen Diraja Malaysia)
- 415 kekosongan
Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19.
Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pegawai Imigresen Gred KP19 di Jabatan Imigresen.
- Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian/ Jabatan: Jabatan Imigresen
Jadual Gaji Pegawai Imigresen Gred KP19
Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Imigresen Gred KP19
- GAJI MINIMUM : RM 1,360.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- A. warganegara Malaysia;
- B. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- C. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- c.mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- d.mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
- e .lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- f. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- g.diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Semoga perkongsian Permohonan Jawatan Kosong di Jabatan Imigresen Malaysia ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan amanah untuk kemajuan negara Malaysia.