Cara Mohon Jadi Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (APM) Online. Panduan buat mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Adakah anda tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran sebagai sukarelawan APM? Berikut kami kongsikan cara untuk anda membuat Permohonan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam secara online di portal ASPA.
Permohonan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (APM) Online
Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah dan aplikasi online :
Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
- Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.
- Memiliki tubuh badan yang sihat dan tiada kecacatan fizikal.
- Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
- Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
- Berminat menjalankan tugas secara sukarela.
Cara Melakukan Permohonan Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Online
Berikut adalah cara untuk memohon sebagai Sukarelawan Pertahanan Awam secara online :
- Permohonan sebagai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam boleh dibuat secara online melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL).
- Sila klik pada pautan Permohonan Pendaftaran ASPA untuk membuat permohonan.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Sila pastikan semua ruangan bertanda asterisk * diisi, jika tidak, permohonan dianggap tidak lengkap dan tidak dapat dihantar.
- Setelah selesai, tekan butang SIMPAN di bahagian bawah skrin untuk menghantar permohonan.
- Sistem akan memaparkan mesej rekod anda berjaya disimpan.
- Ia menandakan permohonan anda berjaya dihantar untuk diproses.
- Jika terdapat mesej ralat yang dipaparkan, ia menandakan permohonan anda tidak berjaya dihantar.
Faedah Menyertai Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (APM)
- Belajar cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (Scuba diving)
- Dapat mempelajari cara-cara untuk berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
- Berpeluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
- Memperoleh pengetahuan berkenaan cara-cara untuk menguruskan bencana
- Belajar cara-cara pengendalian peralatan operasi
- Belajar tatacara berpakaian seragam
- Dapat mempelajari seni mempertahankan diri
- Menimba ilmu berkenaan Asas Pertolongan Cemas
- Dapat mempelajari cara untuk membaca peta dan kompas
- Mempelajari teknik melakukan Ascending dan Discending
- Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
- Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
- Mendapat ilmu pengetahuan harian seperti ilmu berkaitan medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku
- Dapat mempelajari asas kebombaan
- Dapat mempelajari asas menyelamat
Kemudahan-Kemudahan Yang Diperoleh
- Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
- Mendapat Uniform percuma
- Menerima bounti atau Saguhati tahunan
- Mendapat elaun berkhidmat
- Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat atau Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia
Semakan Status Permohonan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam Online
Berikut merupakan cara-cara yang boleh dilakukan untuk membuat semakan status permohonan Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA):
- No Tel : 03-2687 1309/ 1310
- Email : cpt_ippa@civildefence.gov.my
- Secara online, layari portal berikut:
- Untuk makluman dan keterangan lanjut, sila hubungi:
- Cawangan Perkhidmatan & Tatatertib Pasukan
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Padang Tembak
50556 Kuala Lumpur.
- Cawangan Perkhidmatan & Tatatertib Pasukan
Selamat membuat pendaftaran anggota sukarela Pertahanan Awam (APM) secara online. Semoga anda berjaya menjadi anggota sukarelawan dan bersedia untuk berkhidmat demi negara.