Permohonan Program Diploma Akademi Laut Malaysia 2024 (ALAM). Adakah anda seorang pelajar lepasan SPM dan berminat menyambung pengajian diperingkat Diploma? Sekiranya begitu Laman Web Akademi Laut Malaysia (ALAM) ada memaklumkan bahawa permohonan ALAM untuk Program Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin di Akademi Laut Malaysia sesi 2024 kini dibuka secara online.
ALAM adalah singkatan untuk Akademi Laut Malaysia atau Malaysian Maritime Academy, sebuah institusi maritim yang menawarkan pelbagai kursus maritim. Bagi lepasan sekolah, ALAM memberikan latihan bagi mereka untuk menjadi pegawai dek atau jurutera marin di atas kapal saudagar kapal.
ALAM terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka; kampus yang subur dan menghijau yang menghadap ke Selat Melaka. Ia terletak kira-kira 148 km ke selatan Kuala Lumpur dan 152 km ke utara Singapura.
Permohonan ALAM 2024 Akademi Laut Malaysia
Sila bacasyarat kemasukan dan kelayakan Permohonan ALAM 2024 sebelum memohon :-
Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika)
- SPM dengan sekurang-kurangnya ‘C’ atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan salah satu subjek samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi .
- Pemegang Diploma danIjazah Sarjana Mudaadalah digalakkan untuk memohon.
- Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia tidak melebihi 25 tahun.
- Sihat dari segi fizikal dan mental
- Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
- Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
- Tidak rabun warna
- Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual
Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin)
- SPM dengan sekurang-kurangnya ‘C’ atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan.
- Pemegang Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah digalakkan untuk memohon.
- Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia tidak melebihi 25
- Sihat dari segi fizikal dan mental
- Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
- Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
- Tidak rabun warna
- Pengunaan cermin mata / kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa
Permohonan Online ALAM 2024 : Manfaat/ Faedah Kerjaya
- Graduan mempunyai peluang untuk belayar di seluruh dunia dengan syarikat-syarikat perkapalan terkemuka yang menawarkan gaji dan tanggungan faedah bebas cukai yang menarik.
Borang Permohonan ALAM 2024
Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan beserta syarat dan link borang permohonan :-
- http://www.alam.edu.my/(Laman web ALAM)
- Borang permohonan kadet ALAM (Cadetship Application Form)
- Lengkapkan borang tersebut
- Tekan Submit
- Tarikh tutup permohonan adalah pada tarikh yang akan dikemaskini.
Nota:
- Semua calon perlu memohon melalui kaedah atas talian dan permohonan melalui kaedah lain tidak akan dipertimbangkan
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri proses temu duga dan ujian bertulis. Pengetahuan dalam perkapalan dan industri maritim adalah merupakan satu kelebihan
Cara Hubungi Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Batu 30 Kampung Tanjung Dahan
78200, Kuala Sungai Baru
Melaka
- Tel No Sekretariat : 06-3882 307/ 314
- Laman Web : ALAM
- Laman FB : www.facebook.com/akademilautmalaysia
Selamat memohon dan semoga berjaya membuat Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) ambilan tahun 2024 Online.