Peperiksaan Online Separa Perubatan 2018. Program Latihan Separa Perubatan adalah program latihan selama tiga tahun bagi lepasan Diploma dan dua tahun sahaja bagi lepasan Sijil. Pelatih akan mendapat elaun bulanan dan segala kemudahan akan disediakan di beberapa Pusat Kolej Kesihatan seluruh Malaysia. Selepas berakhirnya tempoh pengajian, pelatih Separa Perubatan akan menjalani ujian untuk kemasukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Menerusi iklan permohonan, berikut dikongsikan maklumat bagi Peperiksaan OnlineLatihan Separa Perubatan.
Peperiksaan Online Separa Perubatan 2018
Maklumat Peperiksaan online Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak sudah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29 adalah seperti berikut:
- Tarikh: 29 Mac 2018
- Hari: Khamis
- Masa: 10.00 pagi hingga 11.25 pagi
Syarat Kelayakan Permohonan Latihan Separa Perubatan
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
Umur Calon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
- Calon lantikan terus mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Pegawai sedang bertugas untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan mestilah berusia tidak melebihi 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Pegawai sedang bertugas (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam atau Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan mestilah berusia 38 tahun atau kurang pada tarikh tutup permohonan.
Senarai Program Latihan Separa Perubatan 2018
Terdapat beberapa program yang ditawarkan. Berikut merupakan senarai program Latihan Separa Perubatan bagi kemasukan sesi 2018 :
Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
1.Jururawat
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
3. Penolong Pegawai Perubatan
4. Juru X-ray
5. Juruteknologi Pergigian
6. Jurupulih Perubatan (Anggota)
7. Jururawat (PSL)
8. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
9. Penolong Pegawai Farmasi
10. Juruterapi Pergigian
11. Juruteknologi Makmal Perubatan
Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
1. Pembantu Kesihatan Awam
2. Pembantu Pembedahan Pergigian
Cara Hubungi
Untuk maklumat lanjut berkaitan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2018:
- Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA - Tel : 88856000
Selamat menjawab soalan Peperiksaan Separa Perubatan 2018 secara online. Semoga berjaya dan seterusnya mendapat tempat untuk menjalani latihan di Kolej KKM di seluruh Malaysia.