Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i. Buat mereka yang sedang mencarijawatan kosong di Sektor Awam, tahukah anda bagaimana cara untuk membuat permohonan online Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i? Berikut dikongsikan cara membuat permohonan SPA secara online melalui borang SPA8i bagi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i.
Permohonan Online Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan online bagi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i. Untuk mendapatkan borang SPA8i secara online, boleh klik disini.
Cara membuat Permohonan SPA8i Online:
- Daftar SPA melalui borang onlineSPA8i.
- Anda perlu mendaftar nama dan butiran sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang baru mendaftar dan belum mempunyai ID, sila mohon ID tersebut sebagai Daftar Baru.
- Untuk membaca panduan mengisi borang, sila bacapanduan mengisi borang SPA8i.
Nota Penting
Antara Pengumuman Penting yang perlu diberi perhatian adalah:
- Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun;
- Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja;
- Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
- Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
- Bagi calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
- Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.
Daftar Akaun Baru Atau Lupa Kata Laluan
Mulai 1 Julai 2016, SPA telah membuat penambahbaikan bagi Daftar Akaun Baru dan Lupa Kata laluan melalui integrasi dengan JPN:
- Pemohon yang pertama kali daftar akaun baru perlu mengisi no kad pengenalan dan nama penuh seperti dalam kad pengenalan dan akan dihantar ke JPN untuk semakan terlebih dahulu sebelum Log Masuk MyID.
- Pemohon yang sudah mendaftar dan terlupa kata laluan perlu mengisi maklumat keselamatan seperti nama ibu (first name) dan negeri kelahiran pemohon atau alamat seperti dalam kad pengenalan dan maklumat ini juga akan dihantar ke JPN untuk semakan.
Aplikasi Mobile
Adalah dimaklumkan, SPA juga telah membangunkan aplikasi mudah alih mySPA8i dengan kerjasama MAMPU yang merupakan alternatif kepada Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). mySPA8i terdiri daripada beberapa modul : –
- Pendaftaran MyID;
- Reset Kata Laluan;
- Maklumat Pemohon termasuk maklumat Akademik dan Kokurikulum;
- Maklumat Tambahan;
- Pegawai Sedang Berkhidmat;
- Jawatan Dipohon; dan
- Pengakuan Pemohon.
Selain itu, SPA juga telah membangunkan aplikasi mudah alih mySPAv2. Aplikasi ini bertujuan memberi kemudahan kepada pemohon yang telah berdaftar membuat semakan bagi urusan berikut:
- Semakan MyID
- Jadual Temu duga
- Keputusan Temu duga
- Jadual Peperiksaan
- Keputusan Peperiksaan
- Berita
- Hubungi Kami