Permohonan Online Dan Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Tahun 2018. Berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM)? Mereka yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk menyertai ATM sebagai Perajurit Muda Tentera Darat (TD). Menerusi iklan permohonan TD tahun 2018 siri 187 untuk Lelaki, berikut dikongsikan Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat tahun 2018 beserta lokasi pusat pemilihan setiap zon.
Calon-calon yang berjaya dalam Pemilihan Awal akan ditawarkan untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir yang akan diadakan pada tarikh lain kelak.
Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Tahun 2018
Berikut adalah maklumat pemilihan awal untuk Perajurit Muda Tentera Darat Siri 187 tahun 2018 yang memaparkan maklumat seperti tarikh dan masa, zon dan lokasi pemilihan setiap zon. Kepada mereka yang berminat, sila hadir ke pusat pemilihan lebih awal di mana masa Pendaftaran adalah pada jam 8.00 pagi.
Maklumat iklan pengambilan Perajurit Muda TD siri 187 2018 klik Pemilihan Awal TD
Pakaian adalah seperti berikut :-
- Lelaki: Baju kemeja putih berkolar lengan panjang, seluar slack berkasut dan sarung kaki. Rambut dipotong kemas
Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Tahun 2018
Berikut adalah jadual Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat (TD) buat panduan semua :-
Siri 187 Tahun 2018
Siri 186/44
A. ZON UTARA
- 13 Januari 2018 (Kangar) : Rej 504 AW, Kem Bukit Keteri, 02450 KANGAR
- 15 & 16 Januari 2018 (Alor Setar) : Rej 513 AW, Kem Bukit Pinang, 06100 ALOR SETAR
- 18 Januari 2018 (Kulim) : Bn Ke-2, Rej 513 AW, Kem Jalan Bukit, 09000 KULIM
- 20 Januari 2018 (P.Pinang) : Bn 1 Rej 509 (AW), Kem Batu Uban, 11700 P.Pinang
- 22 Januari 2018 (Ipoh) : Rej 503 AW, Kem Jalan Tambun, 30350 IPOH
B. ZON TENGAH & SELATAN
- 13 Jan 18 (Kuala Lumpur) : MK 12 Bgd, Kem Wardieburn, 53300 SETAPAK, K.Lumpur
- 15 Jan 18 (Johor Bahru) : Rej 501 AW, Kem Tebrau 80990 JOHOR BAHRU
- 16 Jan 18 (Kluang) : MSS Kluang, Kem Mahkota 86000 KLUANG
- 18 Jan 18 (Melaka) : Rej 514 AW, Kem BukitBeruang 75450 MELAKA
- 21 & 22 Jan 18 (Seremban) : Rej 508 AW, Kem Rasah, 70300 SEREMBAN
C. ZON TIMUR
- 13 Jan 18 (Temerloh) : MSS Temerloh, Kem Batu 3, 28000 TEMERLOH
- 15 Jan 18 (Kuala Terengganu) : Rej 512 AW, Kem Padang Midin 21400 KUALA TERENGGANU
- 17 & 18 Jan 18 (Kota Bharu) : MSS Desa Pahlawan 16500 KOTA BHARU
- 20 Jan 18 (Kuala Lipis) : 8 RAMD, Kem Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang
D. ZON MALTIM (SABAH)
- 16 Jan 18 (Tawau) : Rej 516 AW, Kem Kukusan 91000 TAWAU
- 18 Jan 18 (Sandakan) : 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, 90000 SANDAKAN
- 20 & 21 Jan 18 (Kota Kinabalu) : MSS Lok Kawi, 89580 KOTA KINABALU
E. ZON MALTIM (SARAWAK)
- 16 Jan 18 (Miri) : 20 RAMD, Kem Sri Miri 98000 MIRI
- 18 Jan 18 (Sibu) : Kem RASCOM, Batu 10 Jalan Oya, 96000 SIBU
- 20 & 21 Jan 18 (Kuching) : MK 3 Bgd, Kem Penrissen 93250 KUCHING
Sila rujuk kepada jadual di bawah untuk senarai penuh jadual pemilihan dan pusat pemilihan awal:-
Senarai Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah senarai dokumen-dokumen yang diperlukan dimana pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen asal dan salinan dokumen seperti berikut:-
- Kad Pengenalan (Asal dan 1 salinan)
- Sijil Kelahiran (Asal dan 1 salinan).
- Sijil SPM/STPM/STAM/SKM (Asal dan 1 salinan).
- Slip Peperiksaan SPM bagi calon yang menduduki SPM 2017 sahaja (Asal dan 1 salinan).
- Sijil SVM bersama transkrip (Asal dan 1 salinan).
- Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia (Asal dan 1 salinan).
- Diploma Kejururawatan : Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia – sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia (Asal dan 1 salinan).
- Sijil Berhenti Sekolah (Asal dan 1 salinan).
- Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik (Kriteria Tambahan) (Asal dan 1 salinan).
- Salinan Kad Pengenalan ibu bapa (1 salinan).
- Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua (1 salinan).
- Salinan Surat Nikah/ Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan salinan Sijil Daftar Kelahiran Anak (Bagi Yang Berkahwin) (1 salinan).
- Sekeping gambar terkini berukuran passport.
- Sampul Surat Pos Ekspres (berharga RM 3.00).
- Pemohon mestilah mempunyai email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Iklan Permohonan Perajurit Muda TD tahun 2018 siri siri 186/ 44, sila rujuk di IKLAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
- SEL PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
MARKAS TENTERA DARAT 2
WISMA PERTAHANAN,
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR (No Tel: 03-2071 6030/ 3926/ 4254)
Selamat menghadiri Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat tahun 2018 pada tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan. Tahniah kepada mereka yang berjaya layak ke pemilihan akhir Tentera Darat,