Temuduga Terbuka DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Berita baik buat mereka yang sedang mencari kerja! Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini mempunyai kekosongan jawatan untuk diisi. Oleh itu DBKL dengan ini mempelawa seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk menghadirkan diri ke sesi temuduga terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Maklumat temuduga yang akan dijalankan di lokasi adalah seperti yang dikongsikan di bawah ini.
Temuduga Terbuka DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)
Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai sesi temuduga yang akan dijalankan seperti ketetapan berikut-
- Tarikh : 8 April 2017
- Masa pendaftaran : 8.15 Pagi – 10.15 Pagi
- Lokasi : Bilik Perbincangan Kondominium By The Sea, Jalan Batu Feringhi, 11100 Pulau Pinang
- Maklumat Iklan temuduga terbuka boleh dirujuk di pautan yang telah kami sediakan. Sila klik IKLAN TEMUDUGA
- SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI
03-26179609 / 9612 / 9613
Jawatan Kosong Yang Ditawarkan
Berikut adalah kerja kosong terkini yang terdapat di DBKL :-
- PEMBANTU AWAM H11
Syarat Temuduga
SILA BAWA DOKUMEN BERIKUT SEMASA TEMUDUGA
i. KAD PENGENALAN (ASAL)
ii. SIJIL KELAHIRAN (ASAL)
iii. SIJIL PMR / PT3 (ASAL) SLIP SALINAN KEPUTUSAN PMR /PT3 TIDAK DITERIMA
iv. SIJIL-SIJIL PERSEKOLAHAN (ASAL)
v. LESEN MEMANDU (ASAL)
vi.SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT
vii. SALINAN / FOTOKOPI SIJIL PMR / PT3, SIJIL-SIJIL PERSEKOLAHAN, LESEN MEMANDU DAN SEMUA DOKUMEN DI ATAS YANG TELAH DISAHKAN
PAKAIAN: SELUAR PANJANG, BAJU KEMEJA DAN KASUT HITAM BERTUTUP
*NOTA PENTING HADIR TEMUDUGA
- Perhatian buat mereka yang ingin datang ke temuduga. Sila berpakaian kemas semasa menghadiri sesi temuduga dan pastikan anda membawa semua dokumen yang berkaitan. Resume dan cover letter hendaklah di bawa ketika sesi temu duga.
- Kegagalan tuan/puan menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan tuan/puan tidak dibenarkan untuk menjalani temuduga terbuka ini.
Selamat menghadiri sesi temuduga dan semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan ini.