Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam DBKL. Bagi memudahkan semua, berikut dikongsikan info-info berkaitan kekosongan jawatan tersebut seperti cara membuat permohonan jawatan kosong DBKL, syarat kelayakan dan gaji untuk setiap jawatan.
Kepada mereka yang berminat, anda boleh membuat permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut secara atas talian (online) di laman sesawang rasmi DBKL. Tempoh membuat permohonan adalah bermula daripada 16 Julai 2018 hingga 30 Julai 2018. Sebarang permohonan selepas dari tarikh tersebut akan ditolak.
Permohonan Jawatan Kosong DBKL 2018
Berikut merupakan kekosongan jawatan yang terdapat di DBKL seperti yang dihebahkan:
- Jurutera (Awam) Gred J41 (Kontrak/Tetap)
- Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J41 (Kontrak/Tetap)
- Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29 (Kontrak/Tetap)
- Penolong Juruukur Gred JA29 (Kontrak/Tetap)
- Juruteknik Komputer Gred FT19 (Kontrak/Tetap)
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (Kontrak/Tetap)
Cara Membuat Permohonan
Berikut merupakan cara-cara untuk membuat permohonan mengisi kekosongan jawatan seperti di atas:
- Pemohon hanya boleh membuat permohonan secara atas talian dengan menggunakan Sistem ePengambilan DBKL (https://apps.dbkl.gov.my/epengambilan)
- Untuk pengguna kali pertama, sila daftar akaun anda dan cipta kata laluan anda sendiri.
- Kemudian, sila daftar masuk ke akaun anda dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda.
- Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah, Diploma, Sijil-sijil dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/
- Pemohon dikehendaki tidak menghantar salinan ijazah, diploma,sijil-sijil atau resume ke pihak DBKL sehingga mendapat panggilan untuk temuduga
Syarat-Syarat Membuat Permohonan
Berikut merupakan syarat-syarat untuk membuat permohonan untuk jawatan di atas:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ini ditutup.
- Bagi syarat lantikan untuk setiap jawatan pemohon boleh melayari pautan syarat kelayakan lantikan
Perhatian kepada pemohon, borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan daripada tarikh tutup iklan ini dianggap tidak berjaya.
Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang berminat untuk bekerja di DBKL. Diharapkan bagi mereka yang berjaya dapat menjalankan tugas dengan jujur dan amanah. Selamat maju jaya diucapkan.