Kerja Kosong KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)2920 views

Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing  untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonanjawatan kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) adalah pada 14 April 2017 (Jumaat).

Senarai Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Berikut adalah jawatan yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) :-

  • Pensyarah (Gred DK45)

Syarat Asas Permohonan

  • Perlu menyediakan dan mengemaskini semua dokumen yang dikehendaki dengan lengkap.
  • Salinan dokumen adalah seperti berikut :-
  1. Profil Peribadi / Resume termasuk nombor telefon dan alamat e-mel terkini.
  2. Sijil Kelahiran yang telah disahkan.
  3.  Kad Pengenalan yang telah disahkan.
  4.  Ijazah Kedoktoran Falsafah (Phd) / Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda / Diploma yang telah disahkan.
  5.  Transkrip Akademik yang telah disahkan.
  6. Sijil SPM atau setaraf yang telah disahkan.
  7. Surat Pengesahan JPA (Kelulusan sijil luar Negara) yang telah disahkan.
  8.  Sijil Berhenti Sekolah Menengah yang telah disahkan
  9.  Sijil Kokurikulum yang telah disahkan.

(sila pastikan susunan dokumen adalah mengikut ketetapan di atas)

 

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Akademik) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang boleh diperolehi di Pejabat Bahagian Pengurusan Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Klik DI SINI untuk mendapatkan borang permohonan. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diisi untuk dihantar kepada pihak pentadbiran. 
  • Sila catatkan nama jawatan, bidang pengkhususan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
  • Bagi Pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang berminat untuk memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing. Sebarang permohonan yang tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak dicatatkan jawatan yang dipohon atau bidang pengkhususan serta dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Sila kemukakan permohonan anda kepada :

Ketua Bahagian Pengurusan Insan,

Pejabat Pendaftar,

Tingkat 2,

Bangunan Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),

Bandar Seri Putra,

43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives