Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedangmencari pekerjaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda semua dipelawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan kerja kosong DBKL adalah pada 24 Mei 2017.
Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)
Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur :-
1. PEGAWAI KEBUDAYAAN B41
2. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
4. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29
5. PEMBANTU PENILAIAN W19
Syarat Asas Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun dan ke atas
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan jawatan yang telah ditetapkan.
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada pautan yang disediakan SYARAT-SYARAT PELANTIKAN
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem ePengambilan DBKL (https://apps.dbkl.gov.my/epengambilan)
- Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah, Diploma dan Sijil dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah menyemak pengiktirafan Sijil, Diploma atau Ijazah di laman web http://app.mohe.gov.my/iktiraf
- Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, Sijil-sijil atau resume sehingga dihubungi untuk temuduga.
CATATAN :
- Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
- Hanya calon-calon yang layak selepas disenaraipendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan / puan tidak berjaya.
Selamat membuat permohonan Kerja Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan ini.