Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini di Kementerian Wilayah Persekutuan. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan kosong di Kementerian Wilayah Persekutuan adalah dipelawa untuk memohon jawatan sebagaimana di bawah:
- Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41/S44
Tarikh Tutup Permohonan : 3 Ogos 2016
Kementerian Wilayah Persekutuan diwujudkan pada tahun 1979 untuk menjalankan tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Pada masa itu, Kementerian Wilayah Persekutuan juga berfungsi sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang selaras dengan penubuhan satu Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.
Cara Memohon Jawatan Kosong di Kementerian Wilayah Persekutuan
- Permohonan boleh dibuat secara online melalui Jawatan Kosong Kementerian Wilayah Persekutuan.
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan di panggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah di anggap tidak berjaya.
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan di proses.