Jadual Struktur Gaji Guru SSM Terkini DG29 Hingga DG54. Dikongsikan kepada anda semua jadual struktur gaji Guru yang dikategorikan dalam Perkhidmatan Pendidikan. Struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dalam Perkhidmatan Awam pada ketika ini adalah berdasarkan kepada (Jadual Gaji Minimum-Maksimum) JGMM yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012.
Struktur sistem JGMM ini telahpun ditambah baik. Iaitu melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013.
Jadual Struktur Gaji Guru SSM Terkini DG29 Hingga DG54
Kenaikan Gaji Tahunan Kakitangan Awam Bermula 1 Julai 2016
Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam bermula 1 Julai 2016 boleh dirujuk di Rasionalisasi Perkhidmatan Awam 2016
Berikut ialah perubahan yang terdapat dalam rasionalisasi Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa 1 Julai 2016 yang melibatkan Kategori Pendidikan : – Guru
Struktur Gaji Guru SSM DG29 Hingga DG54 Bermula 1 Julai 2016
Gaji Minimum Dan Maksimum Guru Tahun 2015
Kaedah pemberian gaji tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji tetap pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam JGMM 2013.
- Gred: DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Struktur Gaji Guru Tahun 2015
Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
DG29 RM1,589.00 RM5,173.00
DG32 RM2,731.00 RM5,457.00
DG34 RM3,397.00 RM5,797.00
DG38 RM3,457.00 RM7,051.00
DG41 RM1,917.00 RM8,652.00
DG42 RM1,917.00 RM8,652.00
DG44 RM3,371.00 RM9,414.00
DG48 RM4,922.00 RM10,560.00
DG52 RM5,538.00 RM5,797.00
DG54 RM5,840.00 RM11,864.00
Semoga Jadual Struktur Gaji Guru SSM Terkini DG29 Hingga DG54 ini boleh membantu dan dapat dijadikan panduan buat mereka diluar sana terutamanya warga pendidik.