Senarai Tugas Dan Gaji Perangkawan Gred E41SPA. Berminat untuk bekerja di sektor awamsebagai Perangkawan Gred E41? Sekiranya anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitan pembangunan dan pentadbiran negara sesuai dengan jiwa anda, maka jawatan Perangkawan Gred E41 merupakan antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Perangkawan Gred E41 yang memaparkan senarai tugas dan tanggungjawab, syarat lantikan danjadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Perangkawan Gred E41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8idi Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Perangkawan Gred E41 : Senarai Tugas, Gaji Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan deskripsi tugas Perangkawan Gred E41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Deskripsi Tugas Perangkawan Gred E41
Diantara tanggungjawab dan skop kerja Perangkawan Gred E41 adalah seperti berikut :-
- Bertugas mengendalikan program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Jadual Gaji Perangkawan Gred E41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Perangkawan Gred E41 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Perangkaan Malaysia
- GAJI MINIMUM : RM 2,083.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,549.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan Perangkawan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Perangkawan Gred E41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi, statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,286.57); atau
- Associateship Institute of Statisticians, London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,286.57); atau
- ijazah sarjana dalam bidang ekonomi, statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,695.41).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahapSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perangkaan adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Perangkawan Gred E41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian deskripsi tugas Perangkawan Gred E41 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Semoga dipermudahkan urusan kepada semua pemohon jawatan ini. Tahniah yang berjaya dalam permohonan jawatan kosong Perangkawan.