Skop Kerja Dan Gaji Penyelia Asrama Gred N19 SPA. Anda berminat untuk memasuki sektor perkhidmatan awam atau kerajaan? Jawatan Penyelia Asrama Gred N19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dimohon jika anda adalah seorang lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penyelia Asrama Gred N19 termasuk maklumat jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Mereka yang ingin mengisi jawatan kosong Penyelia Asrama Gred N19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan daftarlah secepat mungkin. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Penyelia Asrama Gred N19 SPA
Antara tanggungjawab atau deskripsi tugas Penyelia Asrama Gred N19 adalah seperti berikut:
- Bertugas memastikan asrama pelajar dalam kondisi yang elok, selamat dan selesa untuk para pelajar.
- Membantu melaksanakan tugas-tugas domestik, penginapan dan keselamatan alat-alat terjaga serta sajian makanan selamat
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan
Jadual Gaji Penyelia Asrama Gred N19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penyelia Asrama Gred N19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,003.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Penyelia Asrama Gred N19.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,352.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,464.80).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Kepujian dalam mana-mana satu daripada mata pelajaran sains di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian ini dapat membantu para pemohon jawatan Penyelia Asrama Gred N19 . Selamat memohon dan semoga rezeki berpihak kepada anda.