Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan Penolong Perancang Bahasa Gred S29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Penolong Perancang Bahasa Gred S29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Perancang Bahasa Gred S29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Perancang Bahasa Gred S29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Perancang Bahasa S29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Bertanggungjawab membantu mengurus dan melaksana projek, program dan aktiviti pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Kumpulan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Jadual Gaji Penolong Perancang Bahasa Gred S29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Perancang Bahasa Gred S29.
- GAJI MINIMA : RM 1,493.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,672.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Perancang Bahasa Gred S29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Perancang Bahasa Gred S29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau - Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Penolong Perancang Bahasa yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Perancang Bahasa Gred S41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
Sumber: Portal Rasmi SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas serta skop kerja/ gaji Penolong Perancang Bahasa Gred S29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Perancang Bahasa di SPA dan diucapkan semoga berjaya.