Syarat Lantikan Penolong Pengurus Taman/Ladang Gred G29 Beserta Gaji. Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan Penolong Pengurus Taman/Ladang Gred G29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Penolong Pengurus Taman/Ladang Gred G29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pengurus Taman/Ladang Gred G29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Penolong Pengurus Taman/Ladang Gred G29 SPA
Senarai tugas :-
- Bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan saintifik mengenai biodiversiti dan memastikan penyelidikan mengikut keperluan semasa atau keperluan jangka panjang, mengawal dan memantau aktiviti penyelidikan luar, mengumpul dan mengurus koleksi spesimen herbarium dan muzium, membangunkan pengisian pusat-pusat maklumat (galeri), menyelaras perancang aktiviti pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan, merancang pembangunan kebun pemuliharaan ex-situ.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian/Jabatan Pertanian
Jadual Gaji Penolong Taman/Ladang Gred G29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pengurus Taman/Ladang Gred G29.
- GAJI MINIMA : RM 1,494.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,674.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Deskripsi Tugas Penolong Pengurus Taman/Ladang Gred G29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pengurus Taman/Ladang Gred G29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau - diploma dalam bidang sains gunaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,772.65); atau - diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Taman/Ladang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pengurus Taman/Ladang Gred G29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber Portal Rasmi SPA
Diharap agar perkongsian senarai gaji dan deskripsi tugas Penolong Pengurus Taman/Ladang Gred G29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pengurus Taman/Ladang di SPA dan diucapkan semoga berjaya.