Senarai Tugas Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 Dan Gaji. Adakah anda seorang lulusan Diploma/ STPM/ STAM yang sedangmencari pekerjaan? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan PenolongPenguasa Imigresen Gred KP29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang bakal ditutup permohonannya pada 25 Mac 2018 di Portal Rasmi SPA. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 termasuk jadual gajiminimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29, anda boleh membuatpendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Bertanggungjawab dalam aspek operasi,penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara.
Kumpulan : Pelaksana/Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Imigresen Malaysia
Jadual Gaji Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29.
- GAJI MINIMA : RM 1,493.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,696.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan : Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a) Warganegara Malaysia;
- b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00) ;atau
- ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00); atau
- iii. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).
Syarat Bahasa Melayu : Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Imigresen adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber : SPA (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas dan skop kerja Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Penguasa Imigresen di SPA dan diucapkan semoga berjaya.