Untuk lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29.
- GAJI MINIMA : RM 1,549.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,684.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau - sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau - diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,855.00); atau - diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,929.89).
- sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber: Portal Rasmi SPA
Diharap agar perkongsian Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 di SPA dan diucapkan semoga berjaya.