Senarai Tugas Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 Beserta Gaji. Bagi lepasan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC yang sedangmencari pekerjaan. Jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 merupakan di antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 termasukjadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Pegawai Syariah Gred LS29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Mengendalikan hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan yang sedang berada di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian kes-kes yang berkaitan dan lain-lain.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara
Jadual Gaji Penolong Pegawai Syariah Gred LS29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Syariah Gred LS29.
- GAJI MINIMA : RM 1,494.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,674.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred LS29 iaitu RM1,494.00); atau
- diploma dalam bidang pengajian islam (syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatanatau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred LS29 iaitu RM1,772.65).
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatanPembantu Syariah adalah layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik mengenai Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi kriteria di perenggan 1 (c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- Had usia pelantikan:
- berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur tidak melebihi 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur tidak melebihi 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 di SPA dan diucapkan semoga berjaya.