Adakah anda seorang lulusan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC yang sedang mencari pekerjaan? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong jawatan ini, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini. Tugas-tugas merangkumi aspek:
- Siasatan
- Perisikan
- Pendidikan Masyarakat
- Pemeriksaan dan Perundingan
- Perundangan dan Pendakwaan
- Penyelidikan dan Perancangan
- Latihan
- Keselamatan
- Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
Kumpulan : Pelaksana, Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Jadual Gaji P29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Siasatan Gred P29.
- GAJI MINIMA : RM 1,829.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,801.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 150.00
Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a) Warganegara Malaysia;
- b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, perakaunan, undang-undang atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,824.00) - Diploma dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,863.82)
- Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, perakaunan, undang-undang atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber: Portal Rasmi SPA
Semoga perkongsian senarai Tugas dan gaji Penolong Pegawai Pendaftaran ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Pendaftaran di SPA dan diucapkan semoga berjaya.