Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 Beserta Gaji. Untuk lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 termasukjadual gajiminimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Bertanggungjawab terhadap Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pendirian Bangunan, Permohonan Pelan Susun Atur, PermohonanKelulusan Landskap, Permohonan Pemasangan Papan Tanda Bangunan Komersial dan Bangunan Pejabat Kerajaan. Juga menyelaras pengeluaran surat sokongan Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CF), Permohonan Ubahsuai Bangunan, reka bentuk ruang pameran dan bahan-bahan pameran, ulasan cadangan pencahayaan bangunan dan ulasan cadangan reka bentuk dalaman bagi bangunan-bangunan di bawah penyeliaan jabatan dan lain-lain urusan yang berkenaan.
Kumpulan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Kerja Raya atau Jabatan atau Agensi atau Pihak Berkuasa Tempatan
Jadual Gaji Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Senibina Gred JA29.
- GAJI MINIMA : RM 1,549.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,701.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Senibina Gred JA29. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Syarat Lantikan Ke Jawatan Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
- c.
- diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi tempatan .
(Gaji awal bermula pada Gred L29 iaitu RM1,773.00); atau - diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi tempatan .
(Gaji awal bermula pada Gred L29 iaitu RM1,847.86).
- diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi tempatan .
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 di SPA dan diucapkan semoga berjaya.