Senarai Tugas Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 Beserta Gaji. Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Psikologi Gred S29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 termasukjadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaanmenerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Psikologi S29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Bertanggungjawab membantu pelaksanaan program-program psikologi/kaunseling kepada klien.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan
Jadual Gaji Penolong Pegawai Psikologi Gred S29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Psikologi Gred S29.
- GAJI MINIMA : RM 1,493.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,672.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Pegawai Psikologi Gred S29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Psikologi Gred S29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Diploma dalam bidang psikologi, kaunseling, pembangunan sumber manusia atau sains kognitif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,770.95)
- Diploma dalam bidang psikologi, kaunseling, pembangunan sumber manusia atau sains kognitif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas serta skop kerja/ gaji Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Psikologi di SPA dan diucapkan semoga berjaya.