Senarai Tugas Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 Beserta Gaji. Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan PenolongPegawai Pertanian Gred G29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 termasukjadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Menolong merancangaktiviti-aktiviti penerangan berkenaan dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus atau latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian/Jabatan Pertanian
Jadual Gaji Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Pertanian Gred G29.
- GAJI MINIMA : RM 1,494.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,674.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,494.00); atau - Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,847.86).
- Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian senarai tugas dan gaji Tugas Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Pertanian di SPA dan diucapkan semoga berjaya.