Senarai Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 Dan Gaji. Adakah anda seorang lulusan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC yang sedangmencari pekerjaan? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan PenolongPertahanan Awam Gred KP29. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 termasukjadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong jawatan ini, anda boleh membuatpendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Pertahanan Awam
Jadual Gaji KP29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29.
- GAJI MINIMA : RM 1,493.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,696.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a) Warganegara Malaysia;
- b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00); atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00); - Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM 1,493.00);atau - Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
(Gaji permulaan ialah pada Gread KP29: RM 1,770.95).
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
d) dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Syarat Bahasa Melayu : Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pertahanan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber : SPA (Kategori Diploma)
Semoga perkongsian senarai Tugas dan gaji Penolong Pegawai Pertahanan Awam ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Pegawai Pertahanan Awam di SPA dan diucapkan semoga berjaya.