Senarai Tugas Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 Beserta Gaji. Sekiranya anda adalahlepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Membantu Pegawai Penyelidik Gred Q3 dalam perancanganprojek penyelidikan, pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisis data-data projek serta penyediaan peralatan projek penyelidikan.
Klasifikasi : Perkhidmatan Sains
Jadual Gaji Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29.
- GAJI MINIMA : RM 1,496.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,676.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau - Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau - Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00);atau - Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,774.37); atau - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,849.57); atau - Diploma Sains Veterinar/ Haiwan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,924.77).
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penyediaan Makanan dan Penyelia Asrama adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas serta skop kerja/ gaji Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong di SPA dan diucapkan semoga berjaya.