Panduan buat lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 SPA
- Bertanggungjawab dalam pengurusan penyediaan makanan, merancang perbelanjaan, merancang menu, menyelia pengendalian makanan termasuk kebersihan dan keselamatan makanan
- Perolehan bahan makanan mentah basah/kering, peralatan dapur, pengurusan penyimpanan stor makanan mentah basah/kering serta memantau penyelengaraan peralatan dapur dan kebersihan kawasan persekitaran premis penyediaan makanan.
- Memberi khidmat nasihat dalam pembangunan perkhidmatan makanan, perancangan premis dan peralatan dapur serta khidmat kepakaran analisis dan kawalan yang berkaitan dengan penyediaan makanan.
Kumpulan : Perkhidmatan Sains
Jadual Gaji Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Makmal Filem Gred C29.
- GAJI MINIMA : RM 1,505.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,696.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Sijil dalam bidang pengurusan perkhidmatan makanan, pengurusan hotel dan katering, seni kulinari atau bidang berkaitan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau - Diploma dalam bidang pengurusan perkhidmatan makanan, pengurusan hotel dan katering, seni kulinari atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,782.91).
- Sijil dalam bidang pengurusan perkhidmatan makanan, pengurusan hotel dan katering, seni kulinari atau bidang berkaitan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penyediaan Makanan dan Penyelia Asrama adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber: Portal Rasmi SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 di SPA dan diucapkan semoga berjaya.