Berita baik buat lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Penilaian W29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 SPA
Skop kerja seorang penolong Pegawai Penilaian adalah :-
Kementerian Dalam Negeri
Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.
Kementerian Pengangkutan
Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.
Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.
Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
Memungut butir-butir mengenai jual beli harta, sewaan, hak milik tanah, mengira keluasan tanah, menganalisis butir-butir jual beli, mengawas dan melaksanakan urusan latihan dan pengurusan pentadbiran yang berkaitan.
Kumpulan : Pelaksana
Kem/Jab: Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
Jadual Gaji Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Penilaian Gred W29.
- GAJI MINIMUMRM : RM1,498.00
- GAJI MAKSIMUMRM : RM5,678.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau - Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau - Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,851.28).
- Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penilaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber Portal Rasmi SPA
Diharap agar perkongsian Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Penilaian SPA dan diucapkan semoga berjaya dalam permohonan anda.