Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29. Panduan buat lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 termasukjadual gaji minimum/ maksimum.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaanmenerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29
Bertanggungjawab menyelidik keperluan teknologi terkini, mengawasi proses penyelenggaraan, pengujian dan tentukuran alat-alat kaji cuaca, mengumpul data kaji cuaca dan menyediakan analisis-analisis serta mengeluarkan laporan berhubung dengan isu-isu berbangkit.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Meteorologi Malaysia
Jadual Gaji Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29.
- GAJI MINIMA : RM 1,505.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,696.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau - sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau - diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik (perhubungan atau kuasa), elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12); atau - diploma dalam bidang sains komputer atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Meteorologi di SPA dan diucapkan semoga berjaya.