Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 beserta maklumat jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Farmasi Gred U29, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 SPA Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Antara tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Farmasi adalah seperti berikut:
- Sebelum gedung ubat dibuka untuk perkhidmatan, Pembantu Farmasi memastikan kebersihan gedung ubat, khasnya di kaunter gedung ubat, kebersihan gelas-gelas sukatan dan semua alatan.
- Memeriksa dan memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil,losen untuk penyediaan perkhidmatan di hari itu.
- Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.
- Membekal campuran, losen dan ‘ointments’ kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.
- Membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil.
- Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, ‘ointments’ dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.
- Menjalankan kerja di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.
Jadual Gaji Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1, 797.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 5,753.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- i) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- ii) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- iii) Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
- iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan deskripsi tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 ini dapat memberi manfaat.