Senarai Tugas Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 Beserta Gaji. Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Antidadah Gred S29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 termasukjadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Antidadah S29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undangberkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Agensi Antidadah Kebangsaan
Jadual Gaji Penolong Pegawai Antidadah Gred S29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Antidadah Gred S29.
- GAJI MINIMA : RM 1,493.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,672.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Pegawai Antidadah Gred S29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Antidadah Gred S29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Sijil Tinggi Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,493.00); atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,493.00); atau - Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,770.95)
- Sijil Tinggi Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Antidadah adalah layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik mengenai Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Antidadah Gred S29, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi kriteria di perenggan 1 (c);
- dan lulus Peperiksaan Khas; dan
- Had usia pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas serta skop kerja/ gaji Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Antidadah di SPA dan diucapkan semoga berjaya.