Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan Penolong Kurator Gred S29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Kurator Gred S29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Kurator Gred S29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Kurator Gred S29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Kurator S29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.
Skop Fungsi dan Bidang Tugas
- Sijil Menguruskan penyediaan pameran tetap/sementara/khas/bergerak.
- Membuat kerja-kerja pengumpulan dan penyelidikan flora dan fauna negara.
- Menguruskan hal-hal berkaitan dengan projek pembangunan Jabatan Muzium Malaysia.
- Melaksanakan kerja-kerja pengurusan pentadbiran, personel, dan kewangan Jabatan Muzium Malaysia.
- Menjalankan kerja-kerja penyelidikan arkeologi di lapangan.
- Menjalankan kerja-kerja konservasi artifak makmal.
- Melakukan kerja-kerja penyelidikan sejarah dan kebudayaan negara.
- Melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran muzium kepada orang awam melalui media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak.
- Menjalankan program ‘outreach’ dan ‘inreach’ secara bersepadu di peringkat jabatan, daerah dan negeri.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Muzium Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara Malaysia, Muzium Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain mengikut keperluan.
Jadual Gaji Penolong Kurator Gred S29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Kurator Gred S29.
- GAJI MINIMA : RM 1,362.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,092.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Kurator Gred S29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Kurator Gred S29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,493.00); atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,493.00); atau - Diploma dalam bidang seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, sains, permuziuman, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,770.95)
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Muzium adalah layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik mengenai Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Kurator Gred S29, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi kriteria di perenggan 1 (c); dan
- Had usia pelantikan:
- berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur tidak melebihi 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur tidak melebihi 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Penolong Kurator Gred S29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Kurator di SPA dan diucapkan semoga berjaya.