Syarat Lantikan Dan Skop Kerja Pengurus Taman Dan Ladang Gred G41 SPA Dan Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan awam (SPA)? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Pengurus Taman Dan Ladang Gred G41 SPA kerana ia mungkin sesuai untuk anda. Apakah anda tertanya-tanya tentang syarat lantikan dan deskripsi tugas Pengurus Taman Dan Ladang Gred G41 beserta tangga gaji? Jawatan Pengurus Taman Dan Ladang Gred G41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pengurus Taman Dan Ladang Gred G41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Syarat Lantikan/ Skop Kerja/ Deskripsi Tugas Pengurus Taman Dan Ladang Gred G41
Maklumat jawatan Pengurus Taman Dan Ladang Gred G41 dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :-
Deskripsi Tugas/ Skop Kerja : Bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji Pengurus Taman Dan Ladang Gred G41
- Gaji Minimum : RM2,084.00
- Gaji Maksimum : RM9,551.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Syarat Lantikan Pengurus Taman Dan Ladang Gred G41 SPA
Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan menjadi Pengurus Taman Dan Ladang Gred G41.
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- (a) warganegara Malaysia;
- (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- (c)
- ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains semulajadi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred G41 iaitu RM2,288.16); atau
- ijazah sarjana muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred G41 iaitu RM2,390.37).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pengurus Taman/Ladang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengurus Taman/Ladang Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b) had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pengurus Taman dan Ladang Gred G41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna dan memberi manfaat buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.