Senarai Tugas Dan Gaji Penguasa Penjara Gred KA41SPA. Berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Penguasa Penjara Gred KA41? Sekiranya anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD maka jawatan Penguasa Penjara Gred KA41 merupakan antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Penguasa Penjara Gred KA41 yang memaparkan senarai tugas dan tanggungjawab, syarat lantikan danjadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penguasa Penjara Gred KA41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Penguasa Penjara Gred KA41 : Senarai Tugas, Gaji Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan deskripsi tugas Penguasa Penjara Gred KA41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Deskripsi Tugas Penguasa Penjara Gred KA41
Diantara tanggungjawab dan skop kerja Penguasa Penjara Gred KA41 adalah seperti berikut :-
- Bertanggungjawab melaksanakan dasar dan peranan jabatan bagi pencapaian matlamat organisasi dalam pengurusan keselamatan penjara, pengurusan penahanan danpelaksanaan hukuman, program-program pemulihan dan rawatan serta pengurusan layanan terhadap banduan.
Jadual Gaji Penguasa Penjara Gred KA41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penguasa Penjara Gred KA41 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Penjara Malaysia
- GAJI MINIMUM : RM 2,094.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,604.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan Penguasa Penjara
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Penguasa Penjara Gred KA41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KA41 iaitu RM2,094.00); atau
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripadainstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KA41 iaitu RM 2,300.73).
Syarat Fizikal
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal seperti di bawah:
- e) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi 1.57 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.53 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu;
- berat badan 48 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 46 kilogram untuk perempuan;
- memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
- memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
- melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata;
- dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
- e) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Penjara Gred KA41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian deskripsi tugas Penguasa Penjara Gred KA41 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Semoga dipermudahkan urusan kepada semua pemohon jawatan ini. Tahniah yang berjaya dalam permohonan jawatan kosong Penguasa Penjara.