Senarai Tugas Dan Gaji Penghulu Gred NP29 SPA. Bagi lepasan SPM/ STPM/ Diploma yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Penghulu Gred NP29 merupakan di antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penghulu Gred NP29 termasukjadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penghulu Gred NP29 boleh membuatpendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penghulu Gred NP29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penghulu Gred NP29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Bertanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan antara Kerajaan dengan rakyat bagi urusan-urusan yang berkaitan dengan Pentadbiran Tanah, Pentadbiran Agama Islam, Keselamatan Pembangunan, Kegiatan Sosial dan Kebajikan Masyarakat di peringkat kampung, mukim, daerah dan negeri.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka/Pulau Pinang dan Perlis
Jadual Gaji Penghulu Gred NP29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penghulu Gred NP29.
- GAJI MINIMA : RM 1,493.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,672.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penghulu Gred NP29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penghulu Gred NP29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM1,642.54); atau - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM1,846.15); atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM1,846.15); atau - diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM2,146.96).
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan.
- (Calon dengan kelayakan STPM, STAM atau diploma disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan).
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatanPembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Antidadah, Pembantu Belia dan Sukan, Pembantu Hal Ehwal Islam, Pembantu Pembangunan Masyarakat atau Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penghulu Gred NP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan [calon disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahu dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan]
dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Penghulu Gred NP29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penghulu Gred NP29 di SPA dan diucapkan semoga berjaya.