Senarai Tugas Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 SPA Beserta Gaji. Sekiranya bidang penerbangan atau aviation menepati cita rasa anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41. Apakah deskripsi tugas Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41? Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon jika anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya anda ingin mengisijawatan kosong sebagai Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8idi Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41
Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Antara tanggungjawab Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 adalah seperti berikut:
Tugas Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41
- Menjalankan tugas-tugas Pemeriksa Kapal Terbang, pemeriksaan pesawat terbang bagi menentukan keperluan airworthiness memeriksa dan meluluskan pertubuhan syarikat penerbangan, mengeluarkan sijil kelulusan untuk pesawat udara, menjalankanpenyelidikan ke atas kerosakan pesawat-pesawat penerbangan awam dan mengambil bahagian di dalam penyiasatan kemalangan pesawat udara dan menyediakan laporannya.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Penerbangan Awam
Jadual Gaji Pemeriksa Kapal Terbang Pelbagai Gred SPA
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 adalah seperti di bawah.
- Gred AT41
- GAJI MINIMUM : RM 2, 532.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9, 637.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
- Gred AT43
- GAJI MINIMUM : RM 3, 610.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 10, 511.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 250.00
- Gred AT47
- GAJI MINIMUM : RM 5, 210.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 11, 768.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 270.00
- Gred AT51
- GAJI MINIMUM : RM 5, 858.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 12, 448.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 290.00
- Gred AT53
- GAJI MINIMUM : RM 6, 181.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 13, 254.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 320.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (penerbangan, elektrik atau elektronik) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji awal bermula pada Gred AT41 iaitu RM2,532.00); atau
- AircraftMaintenance Engineer’s Licence yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred AT41 iaitu RM2,532.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c) dan
- had umur pelantikan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUTERBANG/ PEMERIKSA JURUTERBANG GRED AT43, AT47, AT51 ATAU AT53
Calon adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Juruterbang dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT43, AT47,AT51 dan AT53, yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1 dan 2;
- memperolehi tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan.(Gaji permulaan lantikan pada Gred AT43 : RM3,610.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred AT47 : RM5,210.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred AT51 : RM5,858.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred AT53 : RM6,181.00).
Sumber: SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 dan gaji ini dapat memberi manfaat.