Senarai Tugas Pembantu Pustakawan Gred S19 SPA Beserta Tangga Gaji. Adakah anda berkelulusan peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil? Jika anda berminat untuk memohon kerja yang berkaitan dengan perpustakaan, jawatan Pembantu Pustakawan Gred S19 mungkin sesuai untuk anda. Berikut disediakan Senarai skop kerja atau Deskripsi Tugas Pembantu Pustakawan Gred S19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Panduan buat mereka yang berkeinginan untuk memenuhi kekosongan jawatan kerajaan sebagai Pembantu Pustakawan Gred S19. Pemohon perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan bertindaklah dengan segera.
Deskripsi Tugas Pembantu Pustakawan SPA Gred S19
Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Pembantu Pustakawan Gred S19 di sektor perkhidmatan awam :
- Menjadi tempat simpanan dan rujukan bahan atau sumber perpustakaan;
- Berfungsi sebagai tempat menyerahkan hadiah serta rujukan terbitan hasil keluaran jabatan;
- Terlibat dalam program penyerahan hadiah dan pertukaran; dan
- Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk juga pinjaman antara perpustakaan
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan
Jadual Gaji Pembantu Pustakawan Gred S19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Pustakawan Gred S19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,003.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Pustakawan Gred S19.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,352.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,464.80).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Pustakawan Gred S19 ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan jawatan kosong. Selamat memohon dan semoga rezeki berpihak kepada anda.