Adakah hal berkaitan perikanan menarik minat anda? Sekiranya begitu, jawatan Pembantu Perikanan Gred G19 mungkin dapat menepati citarasa anda. Jawatan Pembantu Perikanan Gred G19 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan Gred G19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Untuk memohon jawatan Pembantu Perikanan Gred G19 secara rasmi, mereka yang berminat boleh melakukan pendaftaran dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan Gred G19 Dan Syarat Lantikan
Antara tanggungjawab Pembantu Perikanan Gred G19 adalah seperti berikut:
- Menjadi pentadbir aktiviti ternak air. Juga mentadbir perancangan, pelaksanaan serta pengawasan dan khidmat nasihat berkaitan hal benih ikan dan juga penyakit ikan.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan
Skop Tugas Pembantu Perikanan Gred G19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Perikanan Gred G19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,357.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,008.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Perikanan Gred G19.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,357.00); atau - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,357.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,413.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,469.80).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan Gred G19 ini dapat dijadikan rujukan yang bermanfaat. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini.