Senarai Tugas Dan Gaji Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19. Bagi lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil yang sedang mencari pekerjaan, jawatan Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
Antara tanggungjawab Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 adalah:
- Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah atau mentah dan makanan kering menurut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal.
- Menyimpan makanan dalam stor,chiller dan freezer berdasarkan tatacara penyimpanan.
- Melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.
Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
Penerimaan atau Penyimpanan Makanan Basah/Mentah dan Kering dari Pembekal
- Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering yang dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi syarat-syarat seperti dalam kontrak diterima.
- Menyimpan bahan makanan basah/mentah dan kering ke dalam stor,chiller atau freezer setelah diterima oleh pegawai.
- Merekod suhu stor, chiller dan freezer.
Pengeluaran Barang Makanan
- Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan mentah/basah atau kering dari stor, freezer atau chiller.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan
Jadual Tugas Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,003.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut).
(Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,352.00); atau - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,352.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,464.40).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut).
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Penyediaan Makanan bermanfaat buat semua. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini dan moga segala urusan dipermudahkan.