Senarai Tugas Pembantu Operasi Gred N11 Beserta Jadual Gaji. Bagi lepasan PMR/ PT3 yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Pembantu Operasi Gred N11 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11 termasukjadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Operasi Gred N11 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11
Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Pembantu Operasi Gred N11 di sektor perkhidmatan awam :
- Menjalankan kerja-kerja dalam menolong melancarkan perjalanan kerja pejabat seharian membabitkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat atau dokumen atau saman atau notis dan pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang memiliki lesen memandu Kelas B2 atau B atau D atau E2 atau E1 atau E. Bertugas menjalankan kerja-kerja operasi am berbentuk hands-on yang memerlukan kebolehan fizikal di dalam pejabat atau jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Jadual Gaji Pembantu Operasi Gred N11
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Operasi Gred N11 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,216.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 2,983.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Operasi Gred N11.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred N11 iaitu RM1,216.00). - Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Juga mempunyai lesen memandu Kelas B2 atau B atau D atau E2 atau E1 atau E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji awal bermula pada Gred N11 iaitu RM1,262.15).
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11 ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan jawatan kosong. Selamat memohon dan semoga dipermudahkan segala urusan.