Senarai Tugas Dan Gaji Pembantu Muzium Gred S19 SPA. Berminat menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam? Bagi lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil yang sedang mencari pekerjaan, jawatan Pembantu Muzium Gred S19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pembantu Muzium Gred S19 termasukjadual gaji minimum/maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Muzium Gred S19, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Pembantu Muzium Gred S19 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Muzium Gred S19.
- Bertanggungjawab membantu Penolong Kurator melaksanakan penyelidikan serta mengumpulkan koleksi-koleksi Muzium. Menolong menyelenggarakan bahagian pemulihan, membaik pulih, membersih dan mengawet koleksi Muzium bagi tujuan pameran. Melukis plan bangunan, pejabat atau makmal dan ubahsuai bangunan. Juga bertanggungjawab melukis plan susun atur balai pameran, plan peti pameran, pemetaan untuk aktiviti cari gali dan sebagainya.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Jadual Gaji Pembantu Muzium Gred S19
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Muzium Gred S19.
- GAJI MINIMA : RM 1,355.00
- GAJI MAKSIMA : RM 4,007.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Pembantu Muzium Gred S19
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Pembantu Muzium Gred S19.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Juga Kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,352.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,464.80).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Juga Kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut.
- Calon bagi lantikan mestilah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya .
Sumber SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas dan gaji Pembantu Muzium Gred S19 ini dapat menjadi panduan buat para pemohon. Selamat berusaha dan selamat maju jaya.