Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19 SPA Dan Gaji. Sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang teknikal, jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19 mungkin sesuai untuk anda. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang memerlukan kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil sekiranya ingin dipohon.
Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Kemahiran Gred H19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, jangan membuang masa dan daftarlah dengan segera.
Skop Kerja Dan Gaji Pembantu Kemahiran Gred H19 SPA
Berikut dikongsikan Skop kerja iaitu Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19 SPA
- Melaksanakan kerja-kerja bantuan teknikal di bangunan kerajaan termasuk kerja pemasangan, membaik pulih, penyelenggaraan, pengawasan serta pengujian kenderaan atau jentera atau peralatan awam dan mekanikal, pemasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan agar selalu berada dalam kondisi yang elok dan selamat.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Perkhidmatan Kemahiran
Jadual Gaji Pembantu Kemahiran Gred H19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Kemahiran Gred H19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,377.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19.
- Calon bagi lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji awal bermula pada Gred H19 iaitu RM1,377.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred H19 iaitu RM1,435.12); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred H19 iaitu RM1,435.12); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred H19 iaitu RM1,493.24). - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred H19 iaitu RM1,493.24).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
- Pihak Berkuasa Melantik layak mempertimbangkan Pegawai yang sedang bertugas dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam, Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu atau Operator Jentera Pemunggah dan Penghantar Notis berkenaan Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi ciri-ciri dalam perenggan 1(c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang persaraan wajibnya pada umur 55 atau 56 tahun; atau
- berumur tidak melebihi 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang persaraan wajibnya pada umur 58 tahun; atau
- berumur tidak melebihi 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang persaraan wajibnya pada umur 60 tahun.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19 ini dapat menjadi rujukan buat para pemohon. Selamat maju jaya kepada semua.