Senarai Tugas Pembantu Juruaudit Gred W19 SPA Serta Gaji. Sekiranya bidang audit menarik minat anda, cubalah memohon jawatan Pembantu Juruaudit Gred W19. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang memerlukan kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Kepada yang berminat, jom lihat apakah Deskripsi Tugas Pembantu Juruaudit Gred W19?
Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Juruaudit Gred W19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Skop Kerja Dan Gaji Pembantu Juruaudit Gred W19
Berikut dikongsikan Senarai Tugas atau skop kerja Pembantu Juruaudit Gred W19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Deskripsi Tugas Pembantu Juruaudit Gred W19 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Pembantu Juruaudit Gred W19:
- Melaksanakan penguatkuasaan hukuman undang-undang, menguruskan hal ehwal berkenaan kewangan dan menyediakan khidmat nasihat kaunseling dalam aspek sistem perakaunan, pengurusan pentadbiran koperasi serta perundangan termasuk tugasan yang diamanahkan dari semasa ke semasa.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Audit Negara
Jadual Gaji Pembantu Juruaudit Gred W19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Juruadit Gred W19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,353.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,005.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Juruaudit Gred W19.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Kepujian dalam mata pelajaran Matematik bagi peringkat peperiksaan tersebut;
(Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,353.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,409.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,409.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,465.80); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,465.80).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Kepujian dalam mata pelajaran Matematik bagi peringkat peperiksaan tersebut;
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Kepada yang berminat untuk menjadi Pembantu Juruaudit di sektor awam, usahlah berlengah lagi. Teruskan memohon dan semoga berjaya. Semoga perkongsian deskripsi tugas Pembantu Juruaudit Gred W19 bermanfaat buat semua.