Senarai Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 Beserta Gaji. Bagi lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil yang sedang mencari pekerjaan di sektor perkhidmatan awam. Jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai/ Deskripsi Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas seorang PembantuHal Ehwal Islam Gred S19.
- Berkhidmat untuk Ketua Unit Penyelidikan Aqidah dengan cara menolong dalam pengumpulan sumber-sumber atau kitab atau dokumen berkenaan dengan hal aqidah sebelum pembentangan laporan dilakukan kepada Jawatankuasa Syariah.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis dan JAKIM
Jadual Gaji Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19.
- GAJI MINIMA : RM 1,355.00
- GAJI MAKSIMA : RM 4,007.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf sengannya serta:
(1) Kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
(2) Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,352.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang staraf serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,464.80).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf sengannya serta:
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian skop kerja dan gaji serta deskripsi tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 ini dapat menjadi panduan buat para pemohon. Selamat berusaha dan semoga berjaya.