Panduan buat mereka yang berminat untuk bekerja dalam bidang Pencegah Jenayah. Jawatan Pembantu Antidadah Gred S19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pembantu Antidadah Gred S19 beserta dengan jadual gaji minimum/ maksimum. Pada masa yang sama, syarat lantikan dan kelayakan yang boleh dirujuk di bawah ini.
Mereka yang berkeinginan untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Antidadah Gred S19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, pendaftaran jawatan kerajaan ini perlu dibuat secara atas talian/ online dan dibuka sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Pembantu Antidadah Gred S19 (Skop Kerja Dan Gaji)
Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Antidadah Gred S19 di Agensi Antidadah Kebangsaan
- Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian/ Jabatan: Agensi Antidadah Kebangsaan
Jadual Gaji Pembantu Antidadah Gred S19
Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Antidadah Gred S19
- GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4003.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pembantu Antidadah Gred S19:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. warganegara Malaysia;
- b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Sumber SPA
Semoga perkongsian deskripsi tugas Pembantu Antidadah Gred S19 dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat maju jaya.