Senarai Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11 SPA Beserta Tangga Gaji. Berita baik buat mereka yang berkelulusan peringkat PMR/ PT3 dan berminat untuk memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan. Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 mungkin akan menjadi pilihan anda. Berikut disediakan maklumat skop kerja atau Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11 termasukjadual gaji minimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat dan berkelayakan untuk memenuhi kekosonganjawatan kerajaan sebagai Pemandu Kenderaan Gred H11, perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan bertindaklah dengan segera.
Skop Kerja Dan Gaji Pemandu Kenderaan Gred H11
Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Pemandu Kenderaan Gred H11 di sektor perkhidmatan awam :
Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11 SPA
- Bertugas menjalankan skop kerja pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan. Juga menjaga kenderaan atau jentera yang berada di bawah kelolaannya agar selalu berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan atau jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Jadual Gaji Pemandu Kenderaan Gred H11
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pemandu Kenderaan Gred H11 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,218.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 2,939.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
- berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
Lesen D RM 1,264.15 Lesen E/E1/E2 RM 1,310.30 Lesen F/H RM 1,356.45 Lesen G/I RM 1,402.60
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat memohon dan semoga berjaya kepada semua. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11 ini mampu menolong anda dalam membuat permohonan jawatan kosong.